FAQ



1. Bila anak saya boleh makan?

Menurut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan makanan harus diperkenalkan pada usia bayi 6 BULAN dan penyusuan perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 Tahun.



2. BeBJ menu boleh tahan berapa lama selepas dipanaskan?

Setelah makanan dipanaskan, ibu bapa haruslah memastikan makanan itu dihabiskan dalam tempoh 4 JAM. Jika tidak, makanan haruslah dibuang. Ini penting kerana setelah 4 jam, makanan tersebut mungkin akan terdedah kepada bakteria yang tidak baik buat perut si manja. Simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama


3. Bagaimanakah cara penyediaan bagi anak saya yang makan kuantiti sedikit?

Jika si kecil masih memakan kuantiti yang kecil, BeBJ mengesyorkan untuk membahagikan makanan bayi kepada  beberapa bahagian ketika ianya masih solid. Ambil satu bahagian sahaja dan panaskan. Kemudian, simpan semula bahagian lain di dalam freezer. Cara ini juga lebih menjimatkan dan untuk mengelakkan pembaziran.



4. Apakah jenis Pisang yang BeBJ gunakan?

BeBJ amat teliti dalam pemilihan buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pilihan buah-buahan kami datang daripada pasaraya terpilih untuk memastikan kesegarannya. Buah yang sering menjadi pertanyaan daripada Ibu Bapa adalah Buah Pisang. Buah Pisang yang BeBJ gunakan adalah jenis Cavendish.


5. Apakah menu permulaan yang sesuai untuk diberikan kepada anak saya?

Sebagai permulaan, BeBJ memperkenalkan 10 jenis puree yang sesuai diberikan kepada si kecil. Teksturnya yang lembut mematuhi saranan yang telah ditetapkan oleh KKM. Antara menu pilihan bagi Stage 1 (6 bulan+) adalah:

- Sweet Potato
- Pumpkin
- Peas
- Butternut & Pumpkin
- Carrot
- Apple
- Banana
- Mango
- Papaya
- Pear



6. Anak saya ada Eczema. Jadi menu apakah yang sesuai diberikan kepada beliau?

Bagi menjawab soalan di atas, kami perlu tahu jenis makanan apakah yang menjadi trigger kepada Eczema si manja. Ini kerana setiap orang mempunyai tahap alergi yang berbeza. Kesemua menu BeBJ adalah EGG FREE dan kami memilih Ayam jenis Organik (Antibiotic Residue Free). Di bawah ini kami senaraikan antara menu makanan BeBJ yang mempunyai ayam dan daging:

 
7. Macam mana nak bagi menu BeBJ tahan lama?

Setelah pembelian dilakukan samada di HQ BeBJ, Outlet, mahupun COD melalui para Agent BeBJ, kami sarankan ibu bapa untuk membawa cooler bag bersama bagi mengelakkan makanan bayi cair ketika di dalam perjalanan. Tempoh penggunaan cooler bag adalah sehingga 16 jam dengan menggunakan cooler bag yang berkualiti bersama perisian ice pack.



Untuk pengetahuan ibu bapa, BeBJ ada mengeluarkan merchandise cooler bag dengan tiga pilihan warna menarik iaitu biru, merah dan oren. Cooler Bag dijual pada harga RM20 sahaja. Hanya didapati di HQ BeBJ, Mutiara Damansara.





Jika anda mempunyai sebarang soalan lain, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment