4-days-rule. Apa & mengapa?


Keterujaan mama memperkenalkan makanan kepada bayi yang sudah mula makan makanan pejal kadang kala melebihi had yang sepatutnya. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hendak diberikan kepada bayi dalam masa yang serentak.

Sebaiknya, ibu jangan terburu-buru memperkenalkan semua jenis makanan kepada bayi. Walaupun anak anda kelihatan berselera merasa makanan yang disuap tetapi ia bukan bermaksud anda boleh memberikan dia semua jenis makanan.

Pemberian makanan awal kepada bayi mesti disesuaikan dengan tahap usianya. Bayi usia enam hingga sembilan bulan yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal sepatutnya diberi makan puri buah-buahan dan puri sayur-sayuran terlebih dahulu. BeBJ mempunyai 10 pilihan puri sayuran dan buah-buahan yang boleh dicuba sebagai makanan pertama (first solid food).


Apabila dia semakin menghampiri ulang tahun pertamanya, baharulah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal yang bervariasi tetapi mesti yang bertekstur lembut.

Mengapa 4days rule dan kenapa kita perlu memperkenalkan makanan mengikut tahap perkembangan bayi dan usianya?

1. 4-days rule ialah proses dimana Ibu hanya memperkenalkan sejenis makanan sahaja dalam satu-satu masa. Bayi mula makan puri epal sahaja dalam 3 hari pertama kemudian perlahan-lahan tambah kekerapan daripada sekali kepada dua kali sehari. Hari keempat barulah ditukar kepada menu puri lobak. Jika bayi juga lulus puri lobak, Ibu boleh campur puri epal dan lobak untuk satu hidangan
Contoh jadual 4-days rule

2. Mengikut peraturan pakar pemakanan, sebaiknya perkenalkan satu jenis buah dan sayuran dalam masa beberapa hari kepada bayi anda. Contohnya, ibu boleh memberikan pisang kepada bayi selama dua hari berturut-turut. Ini kerana alahan terhadap makanan hanya boleh dikesan selepas dua hingga empat hari dia makan makanan tersebut.

3. Semakin meningkat usia bayi (8-12 bulan ke atas), ibu boleh mula memperkenalkan bubur nasi yang dicampur dengan sayur, daging, ayam atau ikan (dikisar)


4. Ibu juga boleh mula memperkenalkan makanan jejari seperti lobak merah, kacang buncis, brokoli yang direbus atau biskut bayi. Kelebihan pemberian makanan jejari iaitu boleh melatih kemahiran bayi memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.

Jangan obses ya ibu! Biarkan bayi menikmati pengalaman pemakanannya dengan bertenang


Daftar email anda di laman www.bebj.com.my dan dapatkan Jadual Makan Percuma bersama E-Book 'When & What To Eat sebagai Ultimate Guide untuk memulakan makanan pertama bayi.




- Sumber Pa&Ma & Google

No comments:

Post a Comment