Travel bersama frozen baby food. Susah ke?




Ramai Mommies tanya senang tak nak pergi travel cuti-cuti dengan anak kecik? Especially yang bawah umur 1 tahun tu kan? Especially kalau part makanan anak. Risau, sebab bukan semua tempat child's friendly, tambah-tambah kalau ke negara yang susah nak cari makanan halal. Risau!

Instagram Poll Result

Hari ni Mama Lix nak share persoalan-persoalan dan tips macam mana nak travel bawak frozen baby food BeBJ. Caranya mudah je tau. Mari kita baca 😉

Q : Soalan paling kerap di tanya 'BeBJ ni boleh bawak tak nak pegi travel?'
A : Jawapannya BOLEH 👌. Samada bercuti travel naik kereta atau flight mahupun keretapi boleh saja bawak bekalan baby food frozen dengan syarat mesti disimpan dalam cooler bag atau icebox sepanjang perjalanan. Sebaiknya tambah cooler packs/icepacks untuk bantu menyejukkan makanan lebih lama.
Credit blog post from Celebrity Blogger -  Irene Nadia
traveled to Korea with BeBJ in 2015


Q : Berapa lama boleh tahan dalam cooler bag?
A : up to 12 or 16 hours, bergantung kualiti cooler bag itu sendiri. Ada sesetengah cooler bag boleh tahan lama sehingga 16 jam, ada yg 4-5 jam dah start mencair. Sebaiknya untuk tujuan pegi travel, invest cooler bag yg berkualiti dan double insulated wall (contoh Medela & GaBag)
contoh cooler bag berkualiti, ada jaminan tahan sejuk sehingga 16 jam

Q : Hotel tempat saya stay nanti tak ada freezer, ada fridge atau mini bar biasa je? Berapa lama boleh tahan?
A : Boleh simpan sejuk sehingga 5 hari sebelum fully defrosted. Apabila makanan frozen disimpan sejuk bukan beku, makanan ni akan slowly mencair (defrosted). Kalau fridge tu betul-betul sejuk, insyaAllah boleh tahan sehingga 5 hari macam tu. Always buat test 'taste & smell' sebelum panaskan dan hidang untuk baby


Q : BeBJ ni boleh bawak naik flight tak?
A : Boleh, untuk penerbangan domestik dalam Malaysia selalunya tiada masalah. Puan boleh bawak cooler bag masuk ke kabin. Untuk penerbangan luar negara, dinasihatkan semak dengan airplane company atau syarat-syarat utk negara tu sendiri samada boleh atau tidak bawa bekalan baby food frozen ke dalam negara mereka. Setakat ini, BeBJ dah sampai ke Australia, London, Saudi, Hong Kong, Switzerland, Thailand, Indonesia, Korea, Japan dan tak ada masalah asalkan declare sebagai baby food
Travel Korea
Travel Bandung, Indonesia
Travel Phuket, Thailand


Q : Macam mana nak panaskan, hotel saya stay nanti dalam bilik tak ada microwave?
A : Boleh minta staff hotel tolong panaskan sewaktu dine-in di restoren, atau bawa bersama baby bottle/food warmer. Ada sesetengah Mommies bila travel bawa Multi-purpose pot atau electric lunch box untuk reheat/light cooking during travel. Last resort, panaskan guna air panas pun boleh 😉
mini portable cooker. saiz comel sejengkal cuma



Electric lunch box. Boleh order di FB Tasnim A Razak

Happy traveling Mommies 😘
.
#bebjfaq #travelwithBeBJ

No comments:

Post a Comment