Madu untuk bayi, boleh ke?





Madu mempunyai pelbagai khasiat dan merupakan sebagai salah satu makanan sunnah. Dipercayai turun temurun sebagai penawar 1001 jenis penyakit, madu digunakan secara tradisi sebagai petua mengubati batuk dan sakit tekak, merawat kulit dan meyuburkan rambut, melegakan kekejangan, mengurangkan tekanan, membantu tidur yang lebih lena dan juga menambah tenaga.

Namun, adakah madu sesuai untuk bayi?

American Academy Pediatrics (AAP) menasihatkan agar madu tidak diberikan secara langsung atau dicampurkan ke dalam susu/makanan untuk bayi yang berusia 1 tahun ke bawah. Ini kerana madu boleh memberikan kesan mudarat kerana bimbang madu dalam pasaran dicemari kuman 'Clostridium botulinum' yang boleh membiak di dalam usus bayi yang belum matang.

Madu juga mudah dicemari dengan spora fungal yang walaupun tidak merbahaya untuk orang dewasa tetapi boleh memudaratkan bayi di bawah umur 1 tahun ke bawah kerana antibodi mereka masih lemah. Spora fungal ini tidak akan mati walaupun madu dipanaskan pada suhu mendidih!

Infant botulism walaupun jarang berlaku, namun ianya boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda awal ialah perut kembung, susah membuang air besar, bayi menjadi lemah/lembik atau tidak aktif serta tidak boleh menelan setelah beberapa jam diberikan madu.

Jadi, anak-anak tak boleh makan madu ke?

BOLEH! Sebaik bayi sudah melepasi ulangtahun pertama, ibubapa boleh memberikan sedikit madu di dalam minuman, makanan atau dititiskan terus ke dalam mulut mereka. Madu boleh mengantikan gula untuk rasa manis dalam masakan/minuman, selain tinggi vitamins & minerals dan boleh membantu menguatkan tubuh dan antibodi bayi.

Baca lanjut tentang Infant Botulism disini dan disini

Nota :
Makanan bayi Baby Eats By Justlixa TIDAK MENGANDUNGI madu, gula, garam, kacang parang, peanuts, pewarna serta pengawet.

Read and subscribe to www.bebj.com.my for more info sharing

No comments:

Post a Comment

Instagram